RAMADHAN : SYAITAN DIBELENGGU DAN WAJAH SEBENAR KITA

Salam sejahtera!
InesyaAllah esok 10 Julai 2013, kita memasuki gerbang puasa. Jika kita berdiri ditengah padang pada malam 1 Ramadhan selepas solat sunat tarawikh, kita renunglah kelangit, kita rasakanlah didalam diri bahawa aku sekarang sampai juga dalam bulan yang barokah ini. Hayatilah sepuasnya kedinginan dan kesyahduan Ramadhan yang Allah berkati. Tentu, sudah tentu dada kita teresak dan mata kita berpinar tak tertahan menikmati betapa sampai juga aku dibulan ini.

Betapa ramai orang ternanti akan Ramadhan dan betapa ramai orang yang rasa tersiksa dengan kedatangan Ramadhan. Kita nantikan dengan pelbagai kelebihan Ramadhan. Kita nantikan betapa adanya keajaiban Ramadhan ini. Yang sakit ada keringanan, yang lemah ada kekuatan, yang sibuk ada kelonggaran, yang susah ada kemudahan, yang miskin ada rezki, yang malas ada kerajinan, yang kaya ada kemurahan, yang salah – lemah, yang betul – kuat, siapa boleh kata sesuka hati, awas pahalanya berlipat ganda, dosanya…?

Antara keistimewaan Ramadhan syaitan dibelenggu.

Rasulullah SAW bersabda : “Apabila masuk sahaja Ramadhan maka pintu-pintu jannah (syurga) pun dibuka, pintu-pintu jahannam ditutup dan syaitan-syaitan pula dibelenggu.” (Riwayat Al-Bukhari, 11/55, no. 3035)

Rasulullah SAW bersabda : “Apabila tiba saja malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan-syaitan dan jin-jin yang ganas (yang besar), pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satu pun terbuka. Pintu-pintu syurga pula dibuka dan tiada satu pun yang tertutup.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 3/103, no. 618. Ibnu Khuzaimah, 3/188, no. 1883. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Anakku,
Banyak orang telah timbulkan persoalan dan banyak juga pandangan dan tafsiran hadis diatas. Dimana-mana pelusuk dunia kita masih menyaksikan betapa jahatnya manusia ini yang terus ingkar dan tidak mahu melakukan suruhan Allah, lebih teruk ditambah dengan melanggar larangan Allah. Mengapa orang masih buat mungkar walau tiada syaitan. Dosa besar amat banyak, cuma orang sebut yang biasa disebut. Tinggal solat misalnya, orang tak anggap ia dosa paling besar, menduduki tempat pertama dalam kitab              tulisan Azzahabi. Orang rasa biasa aje, padahal ia merupakan maksiat paling jahat. Orang tangkap pencuri tapi tak solat?

Ramadhan telah menunjukkan wajah kita yang sebenar. Periksa dan muhasabahlah diri sendiri.

Jika sebelum Ramadhan kita orang yang tidak rajin beribadat atau kurang baik, tetapi bila masuk Ramadhan kita menjadi rajin beribadat atau lebih baik, maka fahamkanlah bahawa sebenarnya kita orang yang baik. Cuma dimasa bukan Ramadhan syaitan telah dapat mengalahkan kita dengan pelbagai pujuk rayu hingga kita lalai. Maka ayuhlah kita melawan syaitan kerana kita telah tahu semasa syaitan dibelenggu, kita menjadi lebih baik. Wajah kita yang sebenar adalah dibulan Ramadhan, bulan yang lain itu diwajahi oleh syaitan yang kita kena bertempur dengannya bagi menyahut syurga yang dibuka pintunya dibulan Ramadhan.

Jika sebelum Ramadhan kita orang tidak beribadat kepada Allah dan berakhlak buruk dan ahli maksiat. Dibulan Ramadhan keadaan kita kekal seperti sebelum Ramadhan walau syaitan dibelenggu, maka fahamlah kita bahawa kita seperti itu tidak dengan godaan dan tipuan syaitan. Kita seperti itu kerana syaitan telah berjaya membentuk diri kita menjadi pengikut syaitan. Syaitan ada atau tiada tidak menjadi soal. Didikan syaitan melahirkan syaitan manusia. Manusia seperti ini bukan hanya dapat dilihat dengan mata kasar. Terkadang kita kata, diatu baik aje rupanya, tetapi hanya Allah yang maha tahu. Orang seperti ini kena sedar, semasa syaitan dibelenggupun aku serupatu juga, maka segeralah bertaubat dan usahalah bersungguh dan istiqamah. Penuhilah diri dengan ilmu dan didikan Islam, bantulah diri menghampiri Allah jika hendak selamatkan diri dari neraka yang pada bulan Ramadhan pintunya ditutup.

Selamat berpuasa, jadilah diri dari kalangan para anbiya, siddiqin, syuhada dan solehin. Inilah 4 golongan yang menghuni syurga Allah.

demimasa12345@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s