Doa Dibumi Mahsuri

Tanggal 2004 aku menjejakkan kaki untuk mengikuti kursus peningkatan ilmu di bumi Langkawi bertempat di Hotel Tiara (nama sekarang) ditepi pantai.

Kursusnya agak lama 5 hari 4 malam. Kursus cakap orang putih. Orang hitam macam aku tak tahulah nak cakap. Sampai di hotel aku ditempatkan di bilik yang sama dengan rakan sekerja. Senanglah sikit kerna udah tahu ragamnya.

Sampai di bilik, sebaik buka pintu, kami terkejut melihat rambut yang panjang bersepah di atas katil. Rasa hairan, kami segera hubungi pihak hotel. Hotel maklumkan bilik tersebut telah dibersihkan untuk menerima kami. Kami mohon ditukar bilik. Hati kami mula musykil dengan keadaan ini. Kami diarah ke tingkat 3. Biliknya ok cuma jika buka langsir, kami berhadapan dengan blok drakula yang tiada orang tapi ternampak beberapa kelibat makhluk. Mungkin pekerja hotel kot.

Kursus terus berjalan, rakan sebilik pada hari ketiga kursus ingin balik secara senyap untuk mengikuti kejohanan ragbi peringkat negeri. Pasukan yang dilatihnya akan turut serta dalam kejohanan tersebut. Makanya aku tinggallah seorang diri di dalam bilik hotel. Selepas sesi malam jam 11, aku pergi ke surau hotel. Surau disini tidak seperti di hotel lain, ia tiada orang – sunyi – dan terpinggir. Selesai aku solat isyak, aku mendengar suara orang bersama hentakkan kasut dan tarikan beg beroda. Aku lalu menuju kemuka pintu surau. Aku dapati ada peserta yang berlari. Berlari ke bilik rakan lain dikatakan ternampak lembaga yang menakutkan. Itulah hotel yang telah ditinggalkan lama, dihidupkan apabila berpindah tangan. Aku kira-kira seram juga dengan cerita ini terutama aku tinggal sendirian di bilik.

Pada hari jumaat kami tamat awal untuk ke masjid solat jumaat. Aku sendirian turun ke tepi jalan menunggu teksi ke masjid Pekan Kuah. Aku menahan teksi yang bersedia untuk berhenti. Aku masuk menduduki tempat kerusi hadapan sebelah pemandu. Kemudian aku melihat 3 orang mat bangla turut meluru masuk di bahagian belakang. Ok teksi jalan.

Sesampai sahaja di hadapan masjid, aku pun bertanya bayaran teksi. Kata pemandu RM4 semua. Akupun menghulur wang lalu masuk ke masjid. Didalam masjid, khatib sedang membaca khutbah. Aku duduk dibahagian masjid yang tidak berdinding. Masjidnya penuh, cuma masih boleh menyelit.

Semasa khutbah telah separuh disampaikan, perutku terasa merengat. Rese nak buang air besar makin kuat kerana bunyi perutku telah merengut-rengut seperti ada bahan toksid melalui ususku dan mengganggu dindingnya. Semacam menggelegak perutku, tiba-tiba menyucuk dengan kuat. Aku sudah tak tahan, lalu terus berlari menuju ke tandas. Nampaknya tandas tak berapa jauh. Aku terus saja masuk keruangan mencangkung dan melepaskan apa yang ada. Memang deras keluarnya seperti air paip. Ternyata aku cirit-birit mungkin akibat salah makan kata orang tua atau istilah sekarang – keracunan.

Perut aku memulas-mulas tanda buangan yang tidak diingini belum habis dikeluarkan. Kemudian terasa perut aku lega. Mungkin segalanya telah selesai. Aku bangun lalu membuka air paip untuk membasuh najis ditandas dan ditempat keluarnya. Aku terkejut kerana paipnya tertutup dan tiada tombol untuk digunakan bagi memusing dan membuka paip. Bagaimana aku nak membasuh najis ni, tahu sajalah – cirit.

Aku cuba keluar dengan melekap seluar sekelilingku dan memastikan ia tidak terkena najis. Alhamdulillah dapat keluar. Aku lalu memeriksan paip singki dan tandas lain. Sepanjang pemeriksaanku, tiada siapa yang masuk untuk membuang air. Sekali lagi aku terkejut besar kerana semua paip tiada air. Aku tengok sekeliling, rupanya ada amaran jangan guna tandas ini sedang dibaiki. Aku masuk balik ke bilik tandas asal yang aku masuk. Aku dengar ada sekumpulan kanak-kanak masuk dengan bising. Mereka kata, buwuknya tandas ni, siapa berak?

Aku cuma berdiam diri. Diruang utama, khatib hampir habis membaca khutbah kedua. Hati makin risau. Kanak-kanak bising kerana tiada air. Mereka buang air kecil tak dapat basuh. Aku berfikir kerana aku juga bimbang tidak dapat menunaikan solat jumaat. Nak pakai seluar dan balik, tahu sajalah – cirit.

Akhirnya aku teringat kisah 3 pemuda yang terperangkap didalam gua. Setiap orang menyatakan kebaikan yang mereka telah lakukan. Kisah ini boleh anda baca atau dengar dari banyak bahan kerana kisahnya telah masyhur. Setiap kali menyebut, pintu gua terbuka sedikit dan akhirnya pintu gua terbuka selepas orang ketiga berdoa dengan menggunakan tawassul ini dan mereka dapat keluar dengan selamat.

Aku pun lalu berdoa didalam hati. Aku rasa tak sanggup menyebut kuat nama Allah ditempat yang kotor seperti ini. Aku berdoa”Ya Allah aku mahu menunaikan solat jumaat, aku kesusahan kerana tiada air, Ya Allah jika tadi aku membayar tambang teksi untuk orang yang tidak aku kenali merupakan amal solleh disisimu maka bantulah aku dengan mengeluarkan air melalui paip ini cukup setakat penuh baldi yang ada agar aku dapat membersih diri dan melaksanakan solat.” dengan tidak semene-mene airpun keluar dengan laju melalui paip yang tidak boleh dibuka kerana tombolnya tertanggal. Aku melihat air awal yang k3luar berkarat yang menunjukkan paip sudah lama tidak digunakan.

Air terus keluar dan berhenti serta merta apabila mencecah paras atas baldi. Aku sungguh terkejut, bulu roma aku meremang, aku amat bersyukur atas limpah kurnia Allah memakbulkan doaku. Aku teringat bahawa Allah itu dekat. Allahlah sebaik-baik penolong. Disaat kita terdesak, disaat tiada siapa yang kita boleh harapkan, disaat hati dan diri kita sepenuhnya kusyuk dan bergantung kepada Allah, disaat itulah Allah akan menghulurkan bantuannya. Aku baru faham, jika kita mahu doa kita didengar, diri kita mestilah bulat kepada Allah, selagi kita masih ada benda lain disandarkan, jangan hairan mengapa doa kita tidak diperkenankan.

Akupun membasuh tandas. Akupun membasuh tubuhku. Puas rasanya kerana terasa bersihnya diri mengadap Allah. Keluar sahaja aku dari tandas ke masjid. Ikamatpun dikumandangkan. Aku terus mengangkat takbir be4sqma makmum yang lain. ALLAH HUAKBAR – BENARLAH BAHAWA ALLAH ITU MAHA BESAR – KERAJAAN DQN KEKUASAANNYA. AKU MOHON AKU MENJADI HAMBA ALLAH YANG SEBENAR. INSAF DAN INGATLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s