Solat Jamak dan Qasar di rumah mertua

Al-kisah di rumah saudara isteriku semasa satu majlis kenduri. Sedang kami berehat setelah penat bermajlis, suami sepupu isteriku hendak pergi solat. Isterinya kata pergi solat jamak. Sepontan aku kata tak boleh kerana sudah dirumah mertua. Sepupu isteriku kata boleh. Aku cuba jelaskan tapi tak diterima kerana kata mereka ikut saja yang mereka tahu.

Aku cuma teringat ajaran guruku dimasjid Sultan Azlan Shah Ipoh iaitu Sheikh Muhammad Nuruddin Mardu Al-Banjiri Al-Makki. Sheikh membawa hadis daripada Kitab Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1 pada mukasurat 13 hadits nombor 8 yang haditsnya bermaksud : Utsman bin Affan melaksanakan shalat empat rakaat di Mina, maka orang-orang pun mengingkari perbuatan beliau, lalu beliau pun berkata : Wahai manusia, sesungguhnya saya telah menikah di Mekah semenjak saya datang, sesungguhnya saya mendengar Rasulullah bersabda : Barangsiapa yang telah menikah di suatu negeri, hendaklah dia melaksanakan shalat orang yang mukim. (Hadits riwayat Ahmad dan Humaidi)

Cuba tuan-tuan tanya guru yang faham akan tafsir hadis tersebut. Aku cuma nak ingatkan tuan-tuan bahawa hukum bukan pakai logik kepala kita. Ia mesti bersandar kepada sumber yang benar Al-Quran, Hadits, Qias, Ijmak Ulamak.

Jawapan tentang persoalan ini banyak sekali boleh diperolehi dari sumber maya atau bercetak. Ada sekumpulan ahli pemikir didalam banyak blog mengatakan bahawa bukan sahaja solat jamak ini harus dilakukan di rumah mertua tetapi juga harus dilakukan dirumah ibubapa kita selama tidak melebihi 3 hari. Alasannya daripada maksud watan asli. Dikatakan bahawa watan asli adalah apabila kita dengan niat menetap disesuatu tempat. Apabila kita berpindah misalnya dari Ipoh ke Jitra dan mahu menetap diJitra maka kita juga telah berubah watan asli dari Ipoh ke Jitra. Mereka ini mengambil faham hal tersebut yang disamakan dengan masalah jika kita menetap disesuatu tempat maka rumah mertua dan rumah ibubapa bukan lagi watan asli. Rumah ibubapa menjadi watan asli jika seseorang itu pergi belajar misalnya ke Uitm Arau tetapi tidak berniat tinggal di Arau, cuma mahu tinggal untuk belajar selama 4 tahun. Bagaimana tuan melihat persoalan ini dengan hadits di atas? Watan pula ada beberapa pembahagian. Tuan-tuan carilah sendiri, kerana bual bicara kita tentang takrif watan asli yang meletakkan keharusan kita melakukan solat jamak dan qasar disemua tempat termasuk rumah mertua dan ibubapa sendiri dengan niat pasti mahu tinggal 3 hari atau kurang. Persoalannya golongan ini tak kaborpun mana sumber yang diguna atau sumber sendiri saja.

Saya ingin bawa satu pendapat yang menyatakan bahawa mengikut Mazhab Syafie dan Hanafi, kita dikehendaki solat secara tamam (sempurna) bila berada di kampung mertua kerana kampung mertua (isteri/suami) sudah menjadi watan asli buat kita. Maksudnya kita hilang status musafir bila pulang ke kampung isteri/suami. Ada juga pendapat dari Ibn Taimiyah bahawa kita hanya boleh lakukan solat qasar sahaja. Benar atau tidak pendapat ini dari sumber benar, tolonglah kita sama -sama cari kesahihannya.

Aku tidak mahu beri jawapan cuma harap tuan-tuan carilah guru dan ulamak yang hebat beserta nas yang benar untuk memahami persoalan ini. Sumber rujukan banyak, adakah ia benar dari ahlinya atau sekadar ceduk disana-sini, itu yang kita perlu tahu.

Banyak lagi perkara yang perlu diperkatakan. Kebaikannya adalah kita perlu belajar agar tidak sesat. Carilah kebenarannya dan sampaikanlah kepada rakan-rakan agar kita tidak tersilap dalam beramal. Marilah kita cari bersama-sama.

Aku juga tidak tahu mana yang paling tepat. Jika ada kata yang tepat akan aku sampaikan untuk memperbetulkan kesilapan kita.

Wallahualam
Mohon ampun dan maaf
demimasa12345@yahooncom
Bersama : http://www.jalanlurus2013’s Blog.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s