Golongan munafik

Anak-anakku, kita telah biasa mendengar tentang orang munafik. Dalam satu hadis riwayat Ahmad menyatakan ciri-ciri orang munafik adalah:
1. Apabila dipercayai ia khianat
2. Apabila bercakap ia berdusta
3. Apabila berjanji ia mungkir
4. Apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran

Anakku, kita telah biasa dengan 4 golongan tersebut. Awas kita jangan ada walau satu ciripun.

Disini aku ingin bawakan sedikit sifat perbandingan diantara mukmin dan munafik semoga kita menjadi mukmin dan dijauhi dari termasuk golongan munafik.

Ia dipetik dari kitab Imam Ghazali bertajuk Mukashafah Al Qulub.

★Sesungguhnya orang mukmin himahnya dalam solat dan puasa. Sedangkan orang munafik himahnya pada makanan dan minuman bagai binatang, disamping meninggalkan solat dan ibadah yang lain.
★Orang mukmin sibuk bersedekah dan meminta ampun. Sedangkan orang munafik terlena oleh kerakusan dan angan-angan.
★Orang mukmin memutuskan harapan kepada segala sesuatu selain Allah. Tetapi orang munafik mengharapkan kepada segala sesuatu selain Allah.
★Orang mukmin mengorbankan segala sesuatu untuk agama. Sedangkan orang munafik mengorbankan agama untuk harta.
★Orang mukmin aman dari segala sesuatu selain Allah. Tapi orang munafik takut kepada segala sesuatu selain Allah.
★Orang mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Sedangkan orang munafik selalu berbuat jahat dan tertawa.
★Orang mukmin suka menyendiri dan menyepi. Tetapi orang munafik suka bergaul beramai-ramai.
★Orang mukmin menanam dan takut binasa. Sedangkan orang munafik suka mencabut dan mengetam sahaja.
★Orang mukmin berdakwah demi kebaikan agamanya. Sedangkan orang munafik berdakwah demi keuntungan dan merosakkan agama.
☆Bahkan orang munafik memerintahkan kemungkaran dan melarang yang makruf.

Anakku, di dalam Surah At-Taubah ayat 67-68 Allah berfirman bermaksud : Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, setengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh yang mungkar dan melarang memperbuat yang makruf,mereka menggenggam tangannya (bakhil). Mereka melupakan Allah dan Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, ialah orang-orang fasik. Allah telah menjanjikan Neraka Jahanam untuk orang-orang yang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan dan orang-orang kafir serta kekal di dalamnya. Itu cukup (untuk balasannya), Allah mengutuki mereka, dan untuk mereka seksaan yang abadi.

Berdoalah kita agar dijauhi dari sifat-sifat munafik ini. Tempat tinggal mereka amat keji di Neraka Jahannam pada tingkat paling bawah. Mereka kekal didalamnya. Berapa lama? Tiada penghujung kerana alam akhirat adalah destinasi terakhir. Kesusahan kita didunia yang sementara menjaga akidah, Allah akan balas dengan kesenangan tanpa had diakhirat. Wallahua’lam.

Mohon ampun dan maaf.
E-mail : demimasa12345@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s