Golongan mahram

Aku pada tanggal 12 mei terkejut apabila mendapati anak perempuanku menangis walhal kerabat isteriku baru sampai. Anakku menyatakan bahawa dia sedih kerana bapa saudaranya (adik lelaki isteriku) tidak mahu bersalam kerana tak boleh salam/haram bersalam.

Aku lantas merujuk kembali Surah An-Nisa ayat 23 yang aku anggap semua orang sudah tahu kerana ia antara ayat asas untuk memahami batasan aurat dan pergaulan.

Anak-anakku, jika kita hadapi masalah hidup maka kembalilah kepada Al-Quran, Hadis dan para ulama/orang berilmu. Siapa kita pandai segalanya. Semoga Allah menjauhi kita dari api neraka.

Rujuk Surak An-Nisa ayat 23 dengan jelas menyebut golongan mahram. Buka Al-Quran dan rujuk sekarang.

Dalam fatwa yang dikeluarkan, mahram ini terbahagi 3 iaitu mahram kerana keturunan, mahram sesusuan dan mahram kerana perkahwinan.
Boleh rujuk fatwa yang mudah difahami antaranya fatwa kerajaan negara brunei, kalau tak faham.bertanyalah, nanti kita berdosa kerana mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Soal agama bukan soal main-main yang boleh ambil mudah. Boleh juga rujuk kitab atau blog antaranya salamizhar.blogspot.com

Perempuan atau lelaki mahram kerana keturunan ada 8 golongan. Golongan ke 6,7 dan 8 dalam senarai adalah:
6. Emak/bapa saudara sebelah bapa (adik beradik bapa)
7. Emak/bapa saudara sebelah ibu (adik beradik ibu)
8. Anak perempuan/anak lelaki dari adik-beradik lelaki mahupun dari adik-beradik perempuan (anak saudara)

Semoga Allah beri kita petunjuk dan tidak menjadi orang yang sesat. Jika ada kesilapan tegurlah. Pergilah belajar agama berterusan hingga mati semoga kita tidak tergolong dalam.golongan orang yang jahil lagi sombong.

Anak-anakku tetaplah berpegang teguh pada tali Allah. Kita hidup sementara sahaja didunia, tempat yang kekal diakhirat.

Mohon ampun dan maaf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s